Rejim Syria yang disokong oleh Rusia dan Iran, sedang bersiap sedia melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan semula Idlib dan kawasan berhampiran di barat laut Syria daripada kumpulan pemberontak.

Kawasan tersebut merupakan kubu terakhir pemberontak yang masih aktif.

Menurut jurucakap Pejabat untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), David Swanson, serangan besar-besaran ke atas Idlib akan mencetuskan krisis kemanusiaan paling buruk pada abad ke-21. - REUTERS