Jurucakap polis Rumpi, Tupeliwe Kabwilo berkata, kejadian tersebut berlaku disebabkan hujan turun berterusan sejak awal Sabtu lalu.

“Tanah runtuh itu melanda seluruh kampung yang terletak antara Bukit Mphompha dan Tasik Malawi.

“Mangsa maut terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki berusia 12 dan 15 tahun serta wanita berusia 35 tahun,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang hilang pula termasuk kanak-kanak lelaki berusia setahun, enam dan 10 tahun disamping dua wanita berusia 35 dan 46 tahun.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Daerah Rumphi, Wakisa Mtete memberitahu, kawasan bencana itu tidak dapat diakses menggunakan jalan raya dan mustahil untuk melakukan operasi pencarian.

“Batu besar yang berguling dari gunung yang mengakibatkan kerosakan besar dan kami memerlukan jentera berat bagi mengeluarkan mangsa jika ada yang tertimbus dibawahnya,” ujarnya. - AFP