Para pekerja pembinaan menjumpai kesemua senjata tersebut ketika mereka mengorek tanah Sekolah Rendah Tanashi di bandar Nishitokyo, Tokyo untuk membina bangunan stor baharu.

Antara senjata yang ditemukan ialah 1,400 senjata api; 1,200 pedang, lapan bom tangan dan 302 peluru.

“Kami sangat terkejut selepas dimaklumkan mengenai penemuan itu. Kesemua senjata terbabit sudah berkarat dan tidak boleh digunakan lagi,” kata pegawai tempatan, Masaki Fujisawa.