Jurucakap Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Joel Millman berkata, angka kematian dianggarkan mencecah 2,977 sambil menambah jumlah itu boleh meningkat lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Selalunya jumlah itu akan berlaku sekitar bulan September atau Oktober,” katanya.

Tambah Millman, dalam tempoh empat bulan sejak akhir Mac, sekurang-kurangnya 20 pendatang telah maut setiap hari, lazimnya rakyat dari rantau sub-Sahara Afrika melalui jalan dari Libya ke Itali. - REUTERS