Di Quetta, 13 orang termasuk tujuh pegawai polis terkorban dalam satu serangan nekad bom kereta.

Ketua Pengarah Polis wilayah Baluchistan, Abdul Razzaq Cheema berkata, serangan itu turut mencederakan 19 yang lain.

Sementara itu, seramai 15 orang terkorban dalam dua serangan berasingan di Parachinar.

Pegawai kanan kerajaan, Wazir Khan Wazir berkata, kedua-dua serangan tersebut berlaku di sebuah pasar dalam tempoh tiga minit. - REUTERS