Menurut polis, bas yang membawa 40 penumpang itu telah melanggar sebuah motosikal semasa menuruni sebuah bukit menyebabkan ia terbalik beberapa kali.

Kebanyakan penumpang yang dalam perjalanan ke kolam air panas adalah dari selatan Tangerang di wilayah Banten.

Polis masih menyiasat punca kemalangan namun dipercayai brek bas terbabit gagal berfungsi.

Kesemua mangsa telah dikeluarkan dari bas berkenaan dan dibawa ke hospital berhampiran.

Menurut jurucakap hospital Subang, Mamat Dudirakhmat, bilik mayat hospital berkenaan kini penuh dan tidak mampu menampung mangsa kemalangan tersebut. - AFP

habis.