Stesen televisyen al-Masirah milik Houthi berkata menerusi laman Twitternya, kumpulan pemberontak telah menyerang kem Pertahanan Nasional Arab Saudi di sempadan bandar.

Gabungan pimpinan Saudi yang memerangi Houthi menga­takan peluru berpandu yang dilancarkan dari wilayah Saada berjaya dikesan pada 8.08 malam waktu tempatan.

Kumpulan pemberontak Houti, yang mengawal bandar Yemen, Sanaa dan sebahagian besar negara barat, sering melancarkan peluru berpandu di Selatan Arab Saudi yang bertujuan menyasarkan tempat seperti, pusat bandar Riyadh atau kemudahan syarikat minyak negara, Aramco.

Kebanyakan peluru berpandu te­lah dipintas oleh tentera Arab Saudi.

Ini menyebabkan, sekurang-kurangnya 112 orang awam terbunuh dalam serangan seperti itu sejak 2015, menurut gabungan itu.

Pertahanan awam Arab Saudi berkata, dua kanak-kanak adalah antara 11 yang cedera dalam kejadian berkenaan dan kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Arab Saudi kini mengetuai pakatan tentera yang menyokong kerajaan Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi, yang di­singkirkan daripada bandar Sanaa oleh Houthi pada 2015. – REUTERS