Jurucakap Kementerian Kesihatan, Jessica Ilunga berkata, 17 daripada 24 pesakit tersebut telah diuji dengan keputusan negatif.

“Tiga pesakit telah kembali ke pusat itu manakala pekerja kesihatan telah menghubungi 17 lagi untuk mengatur balik semula ke sana.

“Baki empat lagi pesakit, kita sudah mempunyai alamat dan nombor telefon mereka,” katanya.

Pusat rawatan itu diserang oleh penunjuk perasaan yang membantah penangguhan pilihan raya presiden pada Ahad nanti. - REUTERS