Siaran televisyen menunjukkan paras Sungai Herbert yang melimpah, sekali gus menjadi punca kepada banjir yang berlaku.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan biarpun sebanyak 225 buah kediaman di sekitar Ingham ditenggelami air.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa seramai 72 kanak-kanak yang menyertai sebuah kem di utara Ingham terpaksa dipindahkan ekoran para air yang semakin tinggi. - REUTERS