Keganasan tersebut tercetus selepas beberapa hari pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mengisytiharkan bahawa pasukan tentera kerajaan telah menamatkan `operasi pembersihan’ di kawasan sempadan.

Menurut Jawatankuasa Maklumat kerajaan, kebakaran berlaku malam tadi di kampung Kyain Chaung, Maungdaw yang pernah mengalami kejadian yang sama sebelum ini.

Pagi ini pula sebutir bom meletup di luar masjid kampung Mi Chaugn Zay dekat bandar Buthidaung.

Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kedua-dua insiden tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan pihak kerajaan menuduh kejadian letupan itu angkara `kumpulan pengganas’ tanpa memberi maklumat terperinci sama ada mempunyai kaitan dengan Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA). - AFP