Difahamkan, susulan serangan itu, pihak berkuasa tempatan terpaksa membuat panggilan kecemasan kepada stesen televisyen Afghanistan untuk mendapatkan perhatian kerana gagal memperoleh bantuan di peringkat atasan.

Serangan itu dikatakan berlaku kira-kira sebulan selepas Taliban membunuh sekurang-kurangnya 135 anggota keselamatan di Balkh iaitu serangan terburuk ke atas pangkalan tentera Afghanistan setakat ini. - AFP