Lapor Channel News Asia, jurucakap bomba, Deepak Sapthaley berkata, mangsa berusia antara 15 dan 22 tahun terbunuh akibat terbakar dan sebahagian lagi bertindak terjun daripada bangunan itu yang terletak di bandar Surat.

Katanya, ketika kebakaran bermula, lebih 50 pelajar berada di tingkat atas bangunan dan membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan.

Dalam pada itu, Pegawai Perubatan di Institut Pendidikan Perubatan dan Penyelidikan Perbandaran Surat, Jayesh M Patel memberitahu, jumlah kematian mencapai angka 20 orang termasuk 16 wanita.

“Sebanyak 16 orang maut aki­bat terbakar manakala tiga lagi disebabkan terjun keluar ba­ngunan,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Narendra Modi berkata, beliau amat sedih apabila menge­tahui mengenai tragedi kebakaran di Surat.

Pegawai kerajaan berkata, api merebak dengan cepat kerana bahan yang digunakan pada bumbung bangunan.

Lapor media tempatan, jumlah kematian mangsa mungkin meningkat dengan kebanyakan pelajar masih menerima rawatan.

Sementara itu, polis India mendakwa tiga pemilik pusat tui­syen di Takshashila Arcade atas dakwaan membunuh.

Pesuruhjaya Polis Surat, Satish Sharma berkata, seorang daripada suspek telah ditahan manakala dua lagi masih bebas. – AGENSI