Menurut rakaman video stesen televisyen tempatan yang disiarkan, banyak mayat dilihat bergelimpangan dan tubuh badan mereka hancur di kawasan kejadian.

“Kami masih tidak mengetahui punca letupan. Laporan semasa menunjukkan 20 orang maut,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish dalam laman Twitter rasminya.

Salim merupakan antara empat yang terkorban selepas polis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di ibu kota semalam.

Semalam, penunjuk perasaan mengadakan bantahan terhadap kerajaan berikutan insiden pengeboman melibatkan 90 orang terbunuh manakala beratus lagi cedera, yang disifatkan kejadian terburuk sejak 2001 di Kabul.

Majlis pengebumian tersebut turut dihadiri oleh para pegawai kanan kerajaan termasuk Pengarah Eksekutif, Abdullah Abdullah dan Menteri Luar, Salahuddin Rabbani.

Sebelum letupan itu berlaku, pihak berkuasa telah mengetatkan kawalan di semua jalan di tengah ibu kota berikutan kebimbangan ancaman pengganas baharu mungkin tercetus.

“Laporan risikan yang diperoleh menunjukkan musuh cuba sekali lagi untuk melancarkan serangan di kawasan orang ramai dan tunjuk perasaan. Kami harap orang ramai tidak menyertai sebarang demonstrasi,” kata Komando Tentera Kabul, Gul Nabi Ahmadzai. - AFP/dpa