Ketika ditanya apa perasaan beliau memenjarakan wartawan, Suu Kyi sebagai pemimpin parti demokratik berkata: “Mereka tidak dipenjara kerana mereka wartawan tetapi kerana mahkamah memutuskan mereka melanggar Akta Rahsia Rasmi.”

Beliau membuat kenyataan itu semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) tentang ASEAN di Hanoi sebagai reaksi kepada soalan daripada moderator yang bertanyakan sama ada beliau selesa tentang wartawan yang dipenjara.

Kedua-dua wartawan itu, Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, didapati bersalah atas pertuduhan rahsia rasmi dan dijatuhi hukuman awal bulan ini dalam kes yang dilihat sebagai menguji kemajuan demokrasi di Myanmar.

Hukuman penjara ke atas wartawan meraih sokongan masyarakat antarabangsa termasuk gesaan supaya kedua-dua tertuduh dibebaskan oleh Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence.

Wartawan itu sedang menyiasat pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Rakhine oleh pasukan keselamatan pada masa mereka ditahan Disember tahun lalu dan tidak mengaku salah.