Menurut agensi berita Dogan, sekurang-kurangnya 11 orang cedera selepas bom kereta dikatakan meletup di luar pintu masuk yang menjadi laluan pendakwa raya dan hakim di bandar berhampiran Laut Aegean itu.

Polis Turki dilaporkan berjaya menembak mati dua pengganas yang terlibat dalam insiden letupan berkenaan dan masih cuba mengesan seorang lagi suspek. - AFP