Kumpulan itu berada dalam feri bersiap sedia menyeberangi sungai yang merentasi padang golf apabila lelaki terbabit yang berada dalam sebuah buggy secara tidak sengaja dirempuh isteri mereka.

Jurucakap polis daerah, Leftenan Kolonel Suwat Suawatmontr berkata, hentaman itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam air berlumpur dan wanita terbabit diselamatkan oleh nelayan berhampiran.

Lebih 50 penyelamat daripada tentera dan polis terbabit dalam pencarian lelaki yang hilang, iaitu Sung Jun-yong, 68, dan Ha Jae-oong, 76. - AFP