Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2 lelaki Aceh terlibat hubungan luar tabii dihukum sebat 85 kali

KEDUA-DUA pesalah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 85 kali di hadapan
KEDUA-DUA pesalah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 85 kali di hadapan khalayak ramai kerana terlibat dalam hubungan seks sama jenis. AFP

JAKARTA 17 Mei – Sebuah mah­ka­mah di wilayah Aceh menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 85 kali kepada dua orang lelaki kerana terbabit dalam hubungan luar tabii.

Kedua-duanya yang berusia 20 dan 23 tahun, akan menjadi pesalah pertama yang dirotan di hadapan khalayak ramai sejak kod akta jenayah Islam berkaitan seks luar nikah, termasuklah hubungan homoseksual disemak semula sejak dua tahun lalu.

Beberapa saksi berkata, ke­dua-dua pesalah tidak membe­ri­kan sebarang jawapan balas apabila ditanya oleh juri sama ada mereka bersedia menerima hukuman atau tidak.

Malahan, salah seorang daripada mereka dilihat menitiskan air mata apabila disabitkan kesalahan.

Kedua-duanya ditahan selepas penduduk tempatan menyerbu bilik sewa mereka di Banda Aceh dan menyerahkan mereka kepada polis pada Mac lalu.

Dalam satu rakaman yang men­jadi tular di Youtube, salah seorang daripada mereka dilihat dikelilingi oleh penduduk tempatan dalam keadaan dirinya bertelanjang.

Di bawah kod jenayah Islam Aceh, pesalah seks luar nikah boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 100 kali.

Kerajaan Indonesia sebelum ini telah menyekat aplikasi te­lefon pintar yang berkonsep mencari pasangan sama jantina dalam usaha menyekat penularan seks luar tabii di negara itu. – dpa

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain