KIEV 24 Ogos - Sebanyak dua orang cedera apabila satu letupan berlaku berhampiran bangunan ibu pejabat kerajaan di tengah ibu negara ini, hari ini ketika cuti hari kemerdekaan.
Jurucakap perkhidmatan keselamatan Ukraine, Olena Gitlyanska berkata, letupan itu berlaku kira-kira pukul dua petang dipercayai akibat perbuatan samseng.
Rakaman televisyen tempatan merakamkan seorang wanita sedang terbaring di jalan raya berhampiran bangunan kerajaan.
Menurut saksi, bahan letupan itu dipercayai dicampak daripada sebuah kereta yang melalui kawasan berkenaan. - REUTERS