Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2,000 waris berhimpun peringati mangsa MH17

GAMBAR fail menunjukkan beberapa orang pekerja tempatan memeriksa rangka pesawat MH17 yang dipercaya
GAMBAR fail menunjukkan beberapa orang pekerja tempatan memeriksa rangka pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh berhampiran perkampungan Hrabove (Grabovo) di Donetsk, timur Ukraine pada 20 November 2014. -REUTERS

AMSTERDAM 17 Julai – Tiga tahun selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh, lebih 2,000 waris mangsa nahas berhimpun di negara ini untuk mempe­ringati ahli keluarga mereka yang terkorban.

Sebanyak 298 pokok berbentuk riben hijau telah ditanam, setiap satunya mewakili mangsa yang terkorban dalam nahas berkenaan.

Raja Belanda Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima hari ini mencemar duli untuk bersama-sama para pegawai rasmi kerajaan dan pihak asing pada majlis memperingati mangsa tragedi itu di Taman Vijfhuizen berdekatan Lapangan Terbang Schiphol, Ams­terdam.

Pada majlis berkenaan, anggota keluarga mangsa membaca kese­mua nama 298 penumpang dan kru penerbangan yang terbunuh dalam nahas itu.

Mangsa nahas pesawat itu melibatkan 17 buah negara kebanyakan mereka adalah rakyat Belanda dan sebahagian lain merupakan rakyat Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.

“Pokok merupakan simbol ha­ra­pan dan masa depan dalam ke­ba­nyakan budaya. Kita bukan sa­haja memberi penghormatan kepada mangsa MH17 tetapi mencipta satu tempat yang memboleh­kan semua orang menyimpan kenangan dengan kesemua mang­sa tersebut,” kata sebuah persa­tuan yang dianggotai ahli keluarga mangsa dalam kenyataannya.

Walaupun tragedi berlaku tiga tahun lalu tetapi sehingga kini tiada suspek dihadapkan ke muka pengadilan.

Para penyiasat Belanda me­mak­­lumkan sebelum ini bahawa pesawat tersebut dibedil peluru ber­­pandu buatan Rusia di timur Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah Rusia. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain