Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) untuk tentera pakatan menentang Daesh, Brett McGurk berkata, askar sokongan AS telah menawan sebanyak 45 peratus wilayah Raqqa sejak operasi ketenteraan dilancarkan pada Jun lalu.

Tambahnya, Daesh dikatakan tetap mahu mempertahankan kota tersebut tetapi dijangka akan tewas tidak lama lagi.

Menurut McGurk, Daesh telah kehilangan 78 peratus kawasan taklukan di Iraq dan 58 peratus di Syria. - REUTERS