Polis di bandar Medan, kepulauan Sumatera membuat serbuan di rumah terbabit selepas menerima maklumat daripada penduduk tempatan yang tinggal berdekatan.

Kebanyakan mereka berusia dalam lingkungan 20-an dan ramai daripadanya mengaku berdepan masalah kekurangan makanan.

Pihak berkuasa percaya kesemua mereka tinggal di bangunan dua tingkat itu sejak beberapa bulan lalu, dengan harapan untuk pergi ke Malaysia bagi mencari pekerjaan.

“Kami fikir mereka tiba di sini dengan menaiki bot. Mereka tidak mempunyai sebarang dokumen,” kata Ketua Imigresen Medan, Fery Monang Sihite. - AFP