"Seorang anggota pasukan pertahanan Israel (IDF) cedera apabila bahan letupan dibaling ketika pertempuran di Gaza di sempadan Israel.

"Kereta kebal Israel kemudiannya bertindak balas menyerang dua pos tentera Hamas di Gaza sebagai tindak balas kepada serangan berkenaan," jelas IDF.

Di Gaza, Kementerian Kesihatan Hamas memberitahu, 19 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran itu.

Hampir setahun, penduduk Palestin berhimpun setiap minggu di sempadan Gaza sebagai bantahan kepada pendudukan Zionis. - AFP