Menurut Pengarah Kesihatan Awam, Mylene Drouin, sebanyak 12 kematian dicatat di timur Montreal.

Akhbar The Tribune melaporkan, sebanyak lima kematian berlaku dalam tempoh 48 jam di Eastern Townships, kawasan luar bandar di timur bandar ini.

Lewat semalam, dua lagi kematian berpunca daripada cuaca panas dicatatkan di kawasan pinggir bandar ini, lapor Radio Canada.

Perdana Menteri, Justin Tru­deau menerusi Twitter men­yam­paikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Suhu panas dijangka berterusan di kawasan tengah dan timur Kanada oleh itu pastikan anda tahu cara untuk melindungi diri anda dan keluarga,’’ katanya.

Drouin berkata, mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada warga emas atau individu yang mengalami penyakit kronik dan mental.

Suhu meningkat kepada 34 darjah Celsius dengan tahap kelembapan meningkat hampir 40 darjah, lapor agensi meteorologi.

Suhu di selatan Quebec sejak Jumaat lalu meningkat kepada 30 darjah.

Kerajaan negara ini telah mengeluarkan amaran cuaca panas di seluruh negara namun ahli meteorologi meramalkan suhu akan menurun pada hujung minggu ini.

Tiada kematian dicatatkan dalam tempoh yang sama di wilayah Ontario yang mengalami cuaca panas melampau yang sama.

Pada 2010, suhu panas melam­pau telah meragut kira-kira 100 orang di kawasan Montreal. – AFP