Kementerian Dalam Negeri Mesir turut mengesahkan serangan yang dilakukan di Bir al-Abed itu menyebabkan kematian dan kecederaan, namun, tidak memaklumkan jumlah yang terlibat.

“Sebuah kereta diletupkan ketika pasukan keselamatan dilihat cuba menghampirinya.

“Letupan itu kemudian disusuli dengan jeritan bahawa terdapat anggota militan yang bersembunyi di kawasan padang pasir di sepanjang jalan berkenaan,” kata kementerian itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat orang awam dalam kalangan mangsa yang terkorban itu. - AFP