Gempa tersebut berlaku sembilan hari selepas kira-kira 55 penduduk terkorban akibat gempa bumi kuat berukuran 7.5 skala Richter melanda negara ini.

Jurucakap wilayah Hela, William Bando berkata, kawasan Hides merupakan bahagian paling teruk terjejas akinat gempa tersebut.

“Kami belum menerima sebarang laporan di kawasan itu namun Hides merupakan kawasan perkampungan yang besar,” katanya. - REUTERS