Menurut pihak berkuasa, kesemua buruh binaan tersebut terlibat dalam pembinaan dermaga untuk sebuah syarikat minyak di perairan Laut Hitam, berhampiran Crimea.

Ketika kejadian, bas tersebut mem­bawa seramai 38 penumpang, tetapi hanya 20 orang dapat diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Seramai lapan mangsa dimasukkan ke hospital dan lima daripadanya dilaporkan cedera parah.

Pasukan penyiasat bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti punca kejadian.

Menurut saksi, selepas bas ber­kenaan terhumban, beberapa penum­pang berjaya berenang menye­la­matkan diri.

Bangkai bas dibawa keluar dari laut menggunakan kren. – AGENSI