Dalam operasi yang dijalankan serentak, sembilan lelaki manakala seorang wanita ditahan di Sydney hari ini dan lima lagi suspek diberkas di UAE.

Dalam pada masa yang sama, pihak berkuasa Belanda turut menahan dua lelaki didakwa bertanggungjawan mengendalikan bekalan dadah ke sindiket berpangkalan di Australia.

“Kesemua yang ditahan adalah sebahagian daripada sindiket Asia Barat yang diketuai oleh penjenayah terkenal dan selama beberapa dekad kumpulan ini menunjuk kekayaan dan aktiviti mereka.

“Rangkaian itu turut memberitahu orang ramai bahawa mereka tidak boleh disentuh. Hari ini, terbukti mereka salah,” kata Penolong Pesuruhjaya AFP, Neil Gaughan dalam satu kenyataan dikeluarkan. - REUTERS