Portal Daily Trust melaporkan, jurucakap polis, Yakubu Sabo berkata, penyamun tersebut juga mencuri lembu milik penduduk setempat dalam kejadian pada Selasa lalu,

“Pada Selasa lalu, kira-kira pukul 11.45 pagi kami menerima maklumat bahawa sekumpulan penyamun telah masuk ke kampung sebelum mencuri lembu.

“Penduduk yang bertindak sebagai penegak undang-undang mengejar kumpulan terbabit ke dalam hutan sebelum kejadian tembak menembak tercetus,” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga bekerjasama dengan agensi keselamatan lain untuk menjejak suspek.

Pesuruhjaya polis, Ahmad Abdulrahman bersumpah untuk menangkap suspek dan membawa mereka ke muka pengadilan. -AGENSI