PENUNJUK perasaan membawa sepanduk berhimpun di pusat bandar Paris, Perancis bagi membantah perubahan dalam sektor awam yang diumumkan oleh Macron hari ini. - AFP

Kira-kira 2,000 anggota keselamatan termasuk polis ditempatkan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku insiden serupa seperti yang berlaku pada 1 Mei lalu.

Jurucakap kerajaan, Benjamin Griveaux melahirkan kebimbangan semalam bahawa bantahan itu boleh bertukar menjadi ganas bila-bila masa sahaja.

“Kami khuatir berlakunya keganasan, maka langkah keselamatan akan dipertingkatkan,” ujar Griveaux. - AFP