Berita itu kemudian disahkan oleh US Marine Corps yang mendakwa, insiden melibatkan sebuah pesawat KC-130.

Akhbar The Clarion-Ledger dan portal CNN turut memetik kenyataan Pengarah Pengurusan Kecemasan Leflore County, Fred Randle yang mengesahkan perkara sama dengan jumlah kematian kekal 16 orang.

Menurut The Clarion-Ledger, pesawat terbabit terhempas di sebuah ladang kacang soya berhampiran Sunflower-Leflore. - AFP