Letupan pertama berlaku pagi semalam di sebuah kilang yang menghasilkan mesin penjana, meragut tujuh nyawa dan mencederakan 34 orang di pinggir bandar Ostim.

Pasukan penyelamat bersama-sama anjing pengesan sedang mencari mereka yang terselamat di kawasan letupan itu ketika senja dan letupan kedua berlaku di kilang berdekatan yang menghasilkan produk cat mudah terbakar.

Sembilan orang yang maut ditemui pasukan penyelamat di tempat letupan kedua itu.

Kira-kira 12 orang masih terperangkap di bawah runtuhan batu dan kehadiran bahan kimia toksik menyukarkan usaha menyelamat. - AFP