Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, serangan itu mengenai kanak-kanak terbabit yang ketika itu sedang keluar dari sekolah berkenaan.

``Mangsa yang paling tua berusia 11 tahun,’’ katanya.

Menurut beliau, serangan itu hampir mengenai sebuah pos kawalan yang dikuasai kumpulan Hayat Tahrir al-Sham yang dianggotai oleh ramai bekas anggota kumpulan Al-Qaeda.

Walau bagaimanapun masih belum dapat dipastikan sama ada serangan itu dilancarkan oleh rejim Syria atau sekutunya, Rusia. - AFP

habis.