Portal Bangkok Post melaporkan, bot laju, King Poseidon 959 yang turut membawa lima warga Thailand dan tiga kanak-kanak bergerak dari jeti Rassada di wilayah Phuket menuju ke pulau berkenaan.

“Ketika bot itu melewati gua Viking berhampiran kawasan Phi Phi Le di wilayah Muang, pemandu bot berkenaan menyedari terdapat kebocoran bahan api dan terus meminta petugas untuk mengambil alih stereng sementara dia pergi memeriksa enjin bot.

“Semasa dia membuka penutup salah satu daripada tiga enjin itu, berlaku letupan besar dan api marak merebak ke seluruh kapal. 16 cedera dengan lima daripada mereka, termasuk pemandu melecur teruk,” kata seorang pegawai penyelamat.

Seorang pegawai siasatan bencana setempat berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital di Krabi dan Phuket.