Ia berikutan jalan yang rosak dan tanah runtuh telah menghalang penghantaran bantuan kepada komuniti terpencil.

Gempa tersebut menyebabkan 7,000 mangsa kehilangan tempat tinggal manakala 147,000 orang lagi memerlukan bantuan makanan, air dan keperluan lain.

“Cabarannya adalah akses jalan, ia masih tidak boleh dilalui oleh trak dan kenderaan pacuan empat roda.

“Trak besar tidak boleh ke sana. Ia adalah salah satu sebab bekalan makanan semakin berkurang,” kata Pengarah Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Papua New Guinea, Udaya Regmi. - REUTERS