Agensi berita Fars yang memetik kenyataan pihak tentera melaporkan, mangsa yang selamat merupakan jurutera pe nerbangan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pesawat itu dikatakan cuba membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Fath, dekat Karaj di wilayah berkenaan.

“Pesawat kargo Boeing 707 itu membawa bekalan daging dari Bishek, Kyrgyzstan. Jurutera penerbangan yang terselamat mengalami kecederaan dan te­lah dibawa ke hospital.

“Pesawat tersebut tergelincir dari landasan semasa mendarat dan terbakar selepas merempuh tembok di hujung landasan,” jelas kenyataan tersebut.

Kenyataan tentera itu disiarkan selepas berlaku beberapa kekeliruan terhadap pemilik pesawat berkenaan.

Terdahulu, jurucakap Jaba­tan Penerbangan Awam Iran memberitahu, pesawat itu milik Kyrgyzstan tetapi jurucakap Lapangan Terbang Manas, Kyrgyzstan mengesahkan pesawat tersebut adalah milik Payam Air, Iran.

Timbalan Gabenor Alborz, Azizollah Shahbazi berkata, pasukan penyiasat telah mene­mukan kotak hitam pesawat.

Daripada 16 penumpang, 14 merupakan anggota tentera manakala yang lain adalah orang awam. – REUTERS/AFP/AGENSI