Pengakuan itu dibuat menerusi agensi berita mereka, Amaq yang melaporkan anggota militan Daesh terlibat melancarkan serangan ke atas sebuah masjid majoriti Syiah di kawasan Khair Khana di bandar Kabul, Afghanistan.

Dalam kejadian tengah hari tadi, seorang pengebom bunuh diri dilaporkan meletupkan bom di pintu gerbang masjid manakala penyerang lain menyerbu bangunan itu ketika para jamaah berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat-REUTERS.