Menurut ahli jawatankuasa bencana, Tran Quang Hoai, pihaknya berjaya menyelamatkan kira-kira tujuh krew kapal yang terperangkap tetapi masih mencari empat lagi yang hilang.

Daripada jumlah empat yang terbunuh, beliau berkata, dua daripada mayat ditemukan di atas kapal pengangkut arang yang tenggelam di Cua Lo, dalam wilayah Nghe An, manakala mayat seorang wanita cedera parah di kepala akibat dihempap tiang rumah ditemukan di dalam sebuah rumah dan satu lagi mayat lelaki lagi terkorban akibat lemas setelah dibawa arus deras, kedua-duanya di daerah Meo Vac dalam wilayah Ha Giang.

Pihak berkuasa juga sedang mencari seorang lagi yang juga dihanyut

Laporan rasmi memberitahu, kira-kira 4,000 rumah rosak teruk dalam kejadian itu. Bandar raya Nghe An, yang terletak kira-kira 320 kilometer dari barat laut Hanoi dilaporkan antara wilayah yang terjejas teruk.

Lebih 50 buah bot juga dikatakan tenggelam dan hampir 5,000 hektar kawasan penanaman sayur dan sawah rosak te­ruk akibat angin kencang sekuat 100 kimometer sejam.

Hanoi menerima purata hujan 400 milimeter setiap hari sejak semalam. –DPA