Gegaran dan gempa susulan sejak Julai lalu telah mengorbankan 500 nyawa dan menyebabkan ratusan ribu penduduk berpindah untuk mendapatkan perlindungan.

Akibatnya, jumlah kes malaria meningkat dua kali ganda dalam tempoh yang sama tahun lalu, menyebabkan kerajaan mengistiharkan ‘darurat kesihatan’.

Antara yang dijangkiti malaria adalah bayi dan wanita hamil.

Kerajaan mengambil langkah pencegahan daripada merebak dengan mengambil sampel darah dan mengedarkan kelambu serta semburan asap.- AFP