Seorang jurucakap Jawatankuasa Penyiasat memberitahu, ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan dari Samara menuju ke Izhevsk, kira-kira 900 kilometer dari timur Moscow.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Rusia pula mendakwa, bas itu terbalik sebelum terbakar akibat perlanggaran berkenaan.

Sehubungan itu katanya, kedua-dua pemandu kenderaan terbabit terpaksa ditahan untuk disoal siasat.

Walaupun masalah lampu tinggi yang menghalang pandangan pemandu bas dikatakan menjadi penyebab kepada nahas tersebut, polis masih menyiasat punca sebenar perlanggaran itu ketika ini. -AFP