Bagaimanapun, deklarasi bersejarah melibatkan 13 negara dengan harimau liar ini tidak disertakan dengan dana yang diperlukan untuk usaha pemeliharaan dan hanya mengandungi rancangan mendapatkan bantuan dari Bank Dunia serta pelan untuk memperoleh wang dari pelancongan ekologi, kewangan karbon dan projek infrastruktur.

"Ini adalah detik penting kerana sebelum ini tidak ramai memberi perhatian kepada harimau. Mencegah kepupusan harimau adalah isu penting," kata Menteri Sumber Semulajadi dan Alam Sekitar Thailand, Suwit Khunkitti dalam mesyuarat tiga hari di sini.

Deklarasi itu kini sedang dipertimbangkan untuk diluluskan ketua-ketua 13 negara yang akan bersidang di Vladivostok, Rusia pada September ini.

Negara-negara yang terlibat adalah Bangladesh, Bhutan, Kemboja, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Rusia, Thailand dan Vietnam. - AP