Lebih daripada 30 orang cedera selepas seorang anggota militan meletupkan diri sendir dalam kalangan penyokong calon Abdul Nasir Mohmmand di daerah Kama, timur wilayah Nangarhar.

Menurut jurucakap gabenor wilayah, Ataullah Khogyani, sesetengah daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, pengarah kesihatan wilayah, Najibullah Kamawal berkata, 55 orang termasuk 13 mayat telah dibawa ke hospital. - AFP