Manakala, dua lagi hilang dan dipercayai ‘tenggelam’.

Insiden tersebut berlaku di Taman Wilayah Moabi, kawasan rekreasi air yang popular di sepanjang sempadan kira-kira 467 kilometer di timur Los Angeles.

Jurucakap Bomba Daerah San Bernardino, Eric Sherwin berkata, seorang mangsa mengalami kecederaan mengancam nyawa dan di bawa ke Pusat Perubatan Universiti di Las Vegas untuk mendapatkan rawatan.

Enam yang lain dibawa ke hospital tempatan dengan kecederaan yang kurang serius.

Sebanyak enam lagi mengalami kecederaan ringan.

Sherwin berkata kedalaman air di sungai bermula daripada keadaan cetek sehingga 9 meter.

Para penyelamat terpaksa menangguhkan carian mangsa hilang kerana terlalu berbahaya untuk menyelam dalam keadaan gelap, pada waktu malam. -AP