Pertempuran itu berlaku berikutan tentera Filipina cuba menguasai kembali bandar tersebut yang diketika ini masih dikuasai militan Daesh.

Jurucakap tentera Filipina, Leftenan Kolonel Jo-Ar Herrera berkata, 13 anggota marin itu terbunuh dalam kejadian berbalas tembak ketika operasi bagi membersihkan kawasan terbabit daripada militan.

Dengan kematian 13 anggota marin itu menjadikan jumlah anggota tentera kerajaan yang terbunuh di Marawi sebanyak 68 orang dan pada masa sama sebanyak 100 orang militan terbunuh dan 68 orang awam terkorban dalam pertempuran yang masuk minggu ketiga. - Agensi