Gempa tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas dua lagi gempa melanda wilayah Hormozgan di selatan negara itu.

Gabenor wilayah Kermanshah, Houshang Bazvand berkata, kebanyakan mangsa hanya mengalami cedera ringan tanpa perlu dikejarkan ke hospital.

Menurut laporan media, dua gempa bumi awal dengan kekuatan 4.7 dan 5.7 magnitud telah merosakkan bangunan di beberapa buah kampung namun tiada kematian dilaporkan.

“Laporan menunjukkan bahawa beberapa dinding telah runtuh, namun sehingga kini tiada kerosakan yang teruk dilaporkan,” kata Ketua Penyelamat Palang Merah Iran, Morteza Salimi kepada agensi berita IRNA. - AFP