Menurut sumber lapangan terbang tempatan, pesawat pengangkut Antonov baharu sahaja berlepas sebelum dilaporkan terhempas.

Pesawat berkenaan dikatakan terhempas di Nsele, kira-kira 100 kilometer timur Kinshaha.

Seorang pegawai tempatan yang enggan dikenali memberitahu AFP, tiada mangsa terselamat dalam kejadian tersebut. - AFP