Bandar-bandar dengan jumlah gabungan hampir 80 juta penduduk itu sepakat untuk menggalakkan aktiviti berjalan kaki, berbasikal dan menggunakan pengangkutan awam di bawah deklarasi mewujudkan ‘jalan bebas bahan api fosil’ yang ditandatangani bersama Isnin lalu.

Bandar-bandar berkenaan dilaporkan turut menetapkan misi alam sekitar yang lebih ketat berbanding undang-undang kerajaan untuk menghadkan pencemaran udara dan mencapai matlamat Perjanjian Iklim Paris 2015 yang bertujuan membendung pelepasan gas rumah hijau.

“Pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan petrol dan diesel membunuh berjuta-juta orang di bandar-bandar di seluruh dunia serta menyebabkan perubahan iklim,” kata Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dalam satu kenyataan.

Copenhagen, Barcelona, ​​Quito, Vancouver, Mexico City, Milan, Seattle dan Auckland merupakan bandar lain yang turut terlibat dalam deklarasi tersebut.- REUTERS