Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF), separuh daripada jumlah kematian itu berpunca daripada serangan udara, sementara bakinya akibat terkena tembakan senjata api, meriam, dan periuk api.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 551 orang awam maut sejak 19 Mac lalu. Ratusan ribu kanak-kanak di Yemen hidup dalam keadaan bahaya setiap hari,” jelas wakil Unicef Yemen, Julien Harneis.

Jelas beliau, bilangan kematian dalam kalangan kanak-kanak memperlihatkan kesan buruk konflik terhadap golongan tersebut di Yemen.

Sementara itu, sebanyak 23 pemberontak Houthi terbunuh dalam serangan udara tentera pakatan di bandar Daleh, selatan Yemen.

Beberapa bangunan sekolah serta bangunan awam turut ranap dalam serangan udara di Daleh serta kawasan berdekatan wilayah Lahj. – AFP