Datuk Bandar Milagres, Lielson Landin berkata, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi di dua bank di bandar itu.

“Pertempuran telah berlaku antara enam perompak bersenjata dan polis.

“Kami mendapat maklumat dari hospital bahawa 11 terbunuh iaitu enam perompak dan lima tebusan termasuk kanak-kanak,” katanya kepada Radio Band News. - AFP