Kesemua mangsa didapati makan makanan keagamaan itu yang diberikan di kuil Hindu yang terletak di bahagian Selatan India.

Menurut Pegawai Polis Kanan Daerah Chamarajanagara, Geetha MS, pihaknya telah menghantar organ mangsa yang mati dan nasi tomato tersebut ke makmal forensik.

“Hanya selepas kita menerima laporan itu baharu boleh menyatakan di mana yang salah.

“Kita juga menemukan beberapa burung gagak dan anjing mati selepas makan nasi itu,” katanya.

Laporan media di India pula menyatakan keracunan makanan itu berpunca daripada pencemaran racun serangga.

Tambahnya, dua orang telah disiasat berhubung kes itu selepas mangsa-mangsa yang makan nasi tomato itu jatuh sakit.

“Kebanyakan mangsa masih dirawat berikutan muntah-muntah, cirit-birit dan masalah pernafasan,” katanya. - REUTERS