Gempa itu berpusat kira-kira 20 kilometer barat-barat laut bandar Port-de-Paix pada keda­laman 11.7 kilometer.

Menurut ketua polis wilayah barat laut, Jackson Hilaire berkata, sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dan le­bih 100 lagi cedera di Port-de-Paix.

Sementara itu, Datuk Bandar Jean Renel Tide berkata, empat lagi mangsa maut di sekitar bandar Gros-Morne, termasuk seorang kanak-kanak yang tertimbus akibat runtuhan bangunan.

Gempa bumi terbabit adalah salah satu yang terbesar me­landa Haiti sejak bencana sama berukuran 7 Richter menggegar negara itu pada 2010 dan me­ngorbankan puluhan ribu mangsa.

Menerusi laman Twitter, Presiden Haiti, Jovenel Moise menggesa orang ramai agar bertenang selepas agensi perlindungan awam melaporkan gempa bumi terbaharu itu mencetuskan situasi panik di beberapa bandar bahagian utara.

Ujar agensi berkenaan, Port­-de-Paix, Gros-Morne dan ban­dar Chansolme serta Pulau Tortuga merupakan yang teruk terjejas.

Beberapa rumah di bandar tersebut turut musnah. – REUTERS